THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, August 31, 2009

Dendam Yahudi Terhadap Rasulullah

Rasulullah s.a.w. cuba memberi ruang dan peluang kepada orang-orang Yahudi Madinah, meski baginda cukup tahu hati budi mereka. Dengan harapan akan terbuka hati; kalaupun tidak juga mahu beriman setidak-tidaknya boleh menjadi jiran yang baik dan boleh diharapkan.Sebagai usaha diplomasi, Rasul mengikat perjanjian rnuafakat dengan mereka, khasnya dengan tiga suku terbesar Yahudi Madinah Bani Qainuqak, Bani Nadhir dan Nabi Quraizah. Muafakat dalam hal tolong-menolong atas dasar kemanusiaan.Atas dasar tanggungjawab sosial hidup sekampung. Muafakat akan sedia tolong-menolong jika salah satu pihak menghadapi kesusahan atau diserang musuh dari luar. Kedua-dua belah pihak bebas mengamalkan agama masing-masing tanpa ada hina-menghina. Termasuk dalam janji muafakat juga bahawa orang-orang Yahudi tidak boleh memberi bantuan kepada musuh walaupun bukan masa peperangan.Awalnya mereka akur dan menghormati janji. Namun semakin lama semakin terserlah wajah sebenar hati budi orang-orang Yahudi Madinah. Kecuali segelintir saja yang masih setia, selain beberapa orang yang telah pun menerima seruan dakwah Rasulullah s.a.w. Tertulislah nama mereka dalam sebaris para Sahabat Rasul.Tindakan yang sungguh-sungguh menunjukkan betapa busuknya hati orang-orang Yahudi itu ialah berpakat hendak membunuh Rasulullah s.a.w. Rasul atas satu urusan penting telah pergi ke perkampungan Yahudi Bani Nadhir ditemani beberapa orang Sahabat. Rasul berhajatkan sedikit pertolongan melibatkan perbelanjaan tertentu memandangkan komuniti Yahudi Bani Nadhir berupaya membantunya.Cerah harapan Rasul apabila beberapa tokoh pemuka Yahudi yang ditemui bersedia membantu. Bagi meraikan tetamu, rombongan Rasul diminta agar tidak pulang dahulu sebelum menjamah jamuan. Rasul pun tidak keberatan memenuhi permintaan, duduk sebentar menunggu tuan rumah mengangkat hidangan.Rupa-rupanya orang-orang Yahudi Bani Nadhir yang hadir di majlis itu cuba hendak mengambil kesempatan daripada sikap ramah dan lembut Rasulullah s.a.w. Cepat sekali . mereka mengatur rancangan hendak membunuh Rasul. Seorang di kalangan mereka bernama Salam bin Misykam cuba menegah kerana Rasulullah akan tahu juga nanti, dikhabarkan oleh Tuhannya.Tetapi suara kebimbangan itu tidak berpengaruh. Bukan senang mendapat peluang begitu, fikir mereka. Orang yang sangat dibenci selama ini, cuma tidak dizahirkan kebencian secara terang-terangan telah datang ke pangkuan mereka. la adalah peluang yang paling baik, tidak akan ada lagi peluang begitu. Kebetulan Rasul sedang bersandar di dinding, cara paling mudah ialah dengan melemparkan sebungkah batu besar dari atas.Mangsa tidak menyedari dan tidak sempat menyelamatkan diri. Begitu idea beberapa orang di kalangan mereka. Pantasnya mereka mendapatkan sebungkah batu besar dan bersusah payah memanjat tangga membawanya naik ke bahagian atas, pantas lagi Rasulullah s.a.w. mengetahui maklumat sulit itu. Dan segera beredar dari zon bahaya yang mengancam nyawanya. Terus pulang tanpa sepatah permisi.Tidak terkata betapa terkejutnya beberapa kepala Yahudi Bani Nadhir menyedari rancangan mereka telah diketahui Rasul.Sekeras-keras hati orang-orang Yahudi itu, lekuk juga diketuk cemas dan bimbang. Berat prasangkamengatakan Rasulullah s.a.w. tidak akan melupakan begitu saja apa yang cuba mereka lakukan.Walaupun cuba menangkis kekhuatiran itu menggunakan alasan Rasul memiliki kemuliaan budi yang kaya dengan sifat lemah lembut, pemaaf, penyayang dan bertolak ansur, mereka tidak mampu menafikan kejinya perbuatan menyakiti tetamu, apatah lagi cuba hendak membunuhnya.Rasulullah s.a.w. datang semula ke penempatan orang-orang Yahudi Bani Nadhir. Bukan lagi dengan maksud hendak meminta bantuan atau berbincang masalah, tetapi menjatuhkan hukuman. Mereka bersalah kerana berkomplot hendak melakukan pembunuhan. Sasarannya pula bukan sembarangan orang D Rasulullah s.a.w. sendiri.Sejarah menyaksikan betapa maha agung dan tingginya sifat kepimpinan Rasulullah s.a.w. Selaku pemimpin umat, baginda masih meletakkan harapan mudah-mudahan umat pimpinannya dari kalangan orang-orang Yahudi itu diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT, justeru tidak dijatuhi hukuman mati ke atas mereka. Sebaliknya diusir keluar dari Madinah.Tindakan yang juga merupakan strategi untuk kelangsungan dakwah baginda s.a.w. Ribuan pasang mata di sekitar Madinah yang sentiasa memerhati tingkah laku orang-orang Islam harus dipengaruhi dengan pendekatan akhlak yang luhur. Begitu juga mereka yang berada jauh di pedalaman dan di tempat-tempat lain.Kerasnya hati orang-orang Yahudi Bani Nadhir, tidak mengaku kesalahan mereka. Ertinya mereka tidak mahu tunduk pada perintah Rasul. Keengganan semakin kuat dengan sokongan kepala munafikin Madinah, Abdullah bin Ubai. Abdullah menjanjikan bantuan 2000 orang rakannya menghadapi Rasul dan kaum Muslimin.Dia juga berjanji akan memanggil orang-orang Yahudi Bani Quraizah membantu. Sementara itu orang-orang Yahudi Bani Nadhir sudah terkepung di dalam benteng mereka. Tidak berani ke mana-mana kerana Rasulullah s.a.w. bersama kaum Muslimin sedang menunggu mereka di luar.Orang-orang Yahudi Bani Nadhir cuba mencabar ketegasan Rasul s.a.w. dengan terus bertahan di dalam benteng. Sambil menunggu-nunggu Abdullah bin Ubai memenuhi janjinya. Namun selepas lebih dua minggu terkepung, janji hanya tinggal janji. Mahu tak mahu akhirnya mereka akur pada kenyataan, terpaksa menyerah juga.Orang-orang Yahudi Bani Nadhir tidak dibenarkan lagi menjadi penduduk negeri Madinah. Berkembaralah mereka meninggalkan kampung halaman membawa dendam dan kebencian yang panas menggelegak. Terus membuak-buak dari sehari ke sehari. Sehinggalah kira-kira setahun kemudian ia diletuskan menerusi satu tindakan yang tidak dijangka.Dari penempatan baru yang terletak di Khaibar, beberapa orang pemuka Yahudi Bani Nadhir; Huyayu bin Akhtab sebagai pemimpin utama, Sallam bin Misykam, Ibnu Abil Huqaiq dan Kinanah bin al-Haris serta dua orang tokoh penting Yahudi Bani Wail; Hauzah bin Qais dan Abu Amar telah merancang satu 'projek mega' D mengheret kafir Quraisy Makkah serta beberapa kabilah Arab di sekitar menyertai operasi perang terbesar zaman itu.Dengan segala tipu helah, mereka berjaya membentuk satu batalion tentera dianggotai kira-kira 11,000 orang tentera. Turut teriibat dalam pakatan ialah Yahudi Bani Quraizah yang menikmati hak keamanan mendiami negeri Madinah. Tugas mereka mudah, membuat kacau di dalam kota semasa Rasul dan kaum Muslimin menghadapi musuh di sempadan.Bulan Syawal tahun 5 Hijriah, gabungan tentera bersekutu tajaan Yahudi itu bergerak ke Madinah. Tetapi syukurlah... misi tersebut tergendala, terkandas di pinggir khandak.

0 comments: